KEM MOTIVASI PELAJAR |
TA'ARUF |
RIADAH |
PERSEMBAHAN KREATIF |
AKU YANG BERTUAH |
Tips bagaimana menjadi ketua [walaupun Anda bukan ketua]
1. Bijak membuat keputusan.
Untuk menjadi ketua walaupun Anda bukan ketua, fikir cadangan bernas kemudian beranikan diri mengutarakan idea itu sebagai satu keputusan yang lahir dari fikiran Anda sendiri. Setiap organisasi sentiasa berubah dari semasa ke semasa untuk menjadi semakin baik, bertambah baik. Dalam proses untuk menjadi lebih baik, ketua organisasi perlu membuat keputusan. Di sinilah peluang Anda. Anda perlu bijak membuat keputusan supaya kawan-kawan Anda menanggap Anda sebagai seorang ketua kerana Anda bijak membuat keputusan setanding ketua sedia ada.
2. Jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi.
Elakkan mengomen-ngomen, mengomplen-ngomplen, mengata atau memburukkan-burukkan. Untuk Anda menonjol menjadi seperti ketua, inspirasikan kawan-kawan sekerja Anda. Beri semangat, wujudkan rasa kekitaan, pentingkan manfaat bersama, wujudkan rasa bertanggungjawab di antara Anda dengan rakan-rakan Anda. Lebihkan memberi. Elak mempersoalkan hak, maruah dan kepentingan. No selfishness!
3. Rancang, organisasikan, pimpin, kawal.
Rancang apa yang perlu dilakukan, organisasikan (bahagi-bahagikan) tugas kepada kawan-kawan sekerja Anda, pimpin melalui teladan bukan melalui kekuasaan, kawal selia pencapaian. Teliti sejauh mana pencapaian organisasi. Untuk menjadi seorang ketua, Anda perlu membangkitkan rasa kekaguman di dalam hati rakan-rakan Anda. Lakukannya dengan menjadi penggerak, bukan pengikut.
4. Elak memarah, memaki, elak beremosi.
Emosi negatif menghancurkan Anda. Sebab sesiapapun tak akan suka berada dekat dengan orang beremosi negatif. JIka Anda selalu beremosi negatif, sesiapun tak suka mendekati Anda. Kawal diri Anda. Buang emosi negatif, pakai emosi positif sepanjang masa. Biar Anda yang kawal emosi, bukan anda yang dikawal emosi.
5. Pamerkan keyakinan diri
Berlakonlah menjadi orang konpiden. Kawal rasa gugup dengan mempamerkan keyakiann diri di wajah Anda. Lihat gaya orang berkeyakinan diri yang anda lihat di sekeliling anda kemudian tiru. Keyakinan diri di sini bukan maksudnya over confident, tapi keyakinan diri yang terpamer melalui air muka yang tenang serta kata-kata yang lancar.
6. Jangan tamak kuasa!
Jadilah ketua berwibawa, berkarisma dan positif perangainya. Jangan jadi ketua yang tamak kuasa, mahukan kuasa serta mahu dilihat sebagai orang berkuasa. Selalu amalkan tips pertama hingga tips kelima tadi berulang-ulang.
Anda akan rasai sendiri kesannya dalam 3 minggu, bergantung pada seikhlas mana hati Anda mahu menjadi seorang ketua.
6 tips di atas di garap daripada kajian sebenar saya dari beberapa organisasi khusunya organisasi dalam jabatan kerajaan.
Motivasi kerja – bersedia menerima arahan
Cabar diri untuk berjaya dalam kerjaya
Motivasi kerja – tips bagaimana untuk meminati kerja yang Anda tak minat langsung
Motivasi kerja – kaitan hidup dengan kerja
Motivasi kerja – minat atau duit?
Motivasi kerja – nak berjaya dalam kerjaya kena ada kecerdasan emosi
//
Label:
program
// //
Dikuasakan oleh Blogger.
About This Blog
Blog Archive
Catatan Popular
-
didalam dunia yang fana ini kebanyakan manusia tidak jujur dalam setiap apa yang dilakukan...
-
BULAN MUHARRAM * Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua') * Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)...
-
KELEBIHAN BULAN REJAB Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan d...
-
Muharram Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi (kena cencored) jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begit...